NOVEL.. (Pertemuan)
Pertemuan-Dilema Cinta Remaja Sekolah....
BAb 1
Pada suatu hari yang dingin aku mula bersiap untuk ke sekolah baruku..Aku Skull lebih dikenali sebagai ''the king of skull''.. Aku berusia 16 tahun.Sebelum ini aku bersekolah di ipoh, aku terpaksa bertukar sekolah disebabkan oleh pekerjaan bapaku... kami sekeluarga berpindah ke sebuah kampung yang memang berkait rapat denganku.. Iaitu kampung halaman bapaku dan tempat dimana aku dilahirkan.. Kami telah membuat keputusan supaya menetap terus disini dan tidak akan berpindah lagi..
Hari ini adalah harinya, dimana hari pertama aku ke sekolah baru sebagai budak tingkatan 4 di S.M.K. Mudzaffar Shah.. Perasaan gementar mula dirasai apabilaku tiba dihadapan pintu pagar sekolah dengan menaiki motosikalku.. Ramai pelajar-pelajar sekolah itu memerhatikanku.. Ini adalah kerana aku seorang murid baru yg telah ditukar sekolah.. Setelah meletak motosikalku, aku mula mencari kelasku.. Disebabkan masih baru, jadi aku tidak tahu selok-belok sekolah itu.. Oleh demikian, aku menanyakan kepada seorang pelajar yang melalui tempatku berada..
Aku mula berkenalan dengan lelaki ini dan dialah kawan pertama aku disekolah baru ini..Kawanku ini bernama gard.. Kami berbual rancak sampai lupa tujuan aku sebenarnya.. Aku mula menanya kepadanya tentang hasratku yang ingin mencari kelasku.. Alangkah gembiranya aku bila mendapati bahawa gar juga sekelas denganku.. Kami sama-sama ke kelas.. Beberapa minit selepas itu, kami tiba dan gard memperkenalkan diriku kepada kawan-kawannya yang lain.. Dan disinilah bermulanya kisah pertemuan antara aku dan dia... Aku bekenalan dengan para pelajar yang berada di dalam kelas dan akhirnya aku mengetahui nama si dia... Namanya ERNA.. Erna adalah seorang gadis yang comel dan cantik. Bertubuh kecil berwajah ayu.. Pertama kali melihat hatiku telah terpikat.. Gadis ini juga telah berjaya mencairkan hatiku yang keras bak batu permata ini.. Sungguh Mengkagumkan...
BAb 2
Keesokan harinya, aku bersiap untuk kesekolah.. Aku sudah terbiasa datang awal ke sekolah.. Ini terbukti apabila memikirkan aku lah orang yang sentiasa terawal tiba ke kelas setiap hari di sekolah lamaku.. Aku juga berfikir mungkin aku juga akan menjadi orang pertama datang ke kelas di sekolah baruku ini...Tetapi tekaan ku ternyata salah sama sekali apabila ku melangkah ke dalam kelas, ku lihat ada seseorang di dalam kelas.. Orang yang dimaksudkan adalah RINA kawan Se-Group Erna.. Rupa-rupanya dia memang selalu datang awal.. Nampaknya aku telah ditewaskan.. Tetapi itu tidak menyusahkan aku kerana jikalau ada kerja yang belum disiapkan bolehlah aku meniru daripadanya..huhuhu.. Disebabkan masih awal dan tidak ada kerja nak dilakukan aku merayau-rayau sebentar dikawasan sekolah sementara menuggu kawan-kawanku yang lain tiba.. Selepas beberapa minit merayau, aku kembali semula ke kelas dan orang pertama yang aku cari ialah gard yang kini menjadi kawan baikku.. Dialah satu-satunya orang yang boleh aku berbual kerana dialah yang paling rapat denganku.. Gard juga merupakan seorang lelaki yang paling rapat dengan Group Erna dan ia memudahkan aku merapatkan diri dengan Erna.. Group Erna ini terdiri daripada 5 orang iaitu Aishah, Erna, Rina, Ida, dan Lili.. Group ini diketuai oleh Aishah...Selain itu,mereka ini juga berkawan rapat dengan gard sejak tingkatan 2 lagi.. Aku mula mengenali mereka dengan lebih rapat lagi..
Nak digempakkan cerita ini lagi..Suatu hari Erna diganggu oleh sekumpulan pelajar nakal sekolah ini.. Tiada sesiapa yang berani menegur atau melawan perbuatan mereka ini kerana mereka ini merupakan "Taiko" besar di sekolah..Aku Dengan perasaan marah dan tidak megenali siapakah mereka sebenarnya terus menghampiri mereka, aku sempat menangkap tangan salah seorang daripada mereka yang cuba menarik tangan Erna.. aku kilas tangannya sehingga tangan Erna dilepaskan..Tidak sempat aku mengucapkan kata-kata, satu das tumbukan telah dilepaskan tepat ke arah mukaku.. Tumbukan berbisa itu menyebabkan aku meronta-ronta kesakitan..Belum sempat kesakitan yang dialami hilang, satu lagi sepakan pula diberikan menyebabkan aku tersungkur ke lantai.. Kelas mula menjadi riuh rendah dengan pergaduhan ini.. MARTIN itulah nama ketua bagi kumpulan ini.. Setelah aku tersungkur ke lantai dia cuba menghampiriku dengan muka yang bengis.. Tidak sempat dia berkata-kata aku pula yang memberikan sepakan ke arahnya dan berjaya menjatuhkan Martin..Melihat keadaan iitu, rakan-rakannya yang lain mula beraksi.. Mereka menjadikan batang-batang besi yang disimpan dibelakang kelas sebagai senjata.. Setiap serangan ku elak dan ku tepis.. Dengan berbekalkan ilmu persilatan, aku berjaya menumpaskan setiap lawan-lawanku.. KIni tiba masanya.. Hanya tinggal aku dan Martin bersedia untuk berantap.. Martin memulakan pergerakannya.. Satu sepakan diberikan dan berjaya ditepis oleh ku.. Tetapi sepakan yang diberikan begitu kuat menyebabkan pertahananku berkecai.. Tangan-tanganku mula berasa kebas dan sakit.. Martin hanya tersenyum riang.. Ternyata Martin begitu kuat bagiku.. Tetapi bila aku terlihat wajah Erna sayu melihat diriku.. Semangat aku kembali membara.. Walaupun berkali-kali aku jatuh tersungkur aku tetap bersabar dan terus berjuang demi menyelamatkan Erna daripada gangguan Martin.. Dan kali ini aku Bangkit dengan semangat yang berlipat kali ganda dari sebelum ini... Kali ini aku betul-betul memberikan perhatian kepada tumbukan yang ingin diberikan seterusnya.. Sebaik saja tumbukan padu Martin diberikan, aku berjaya mengelaknya dan memberikan serangan balas... Martin tersungkur ke arah bucu kelas selepas menerima tendangan daripadaku..
Belum sempat Martin bangun, satu sepakan hinggap di rusuk kirinya menyebabkan Martin mengelupur kesakitan.. Aku cuba melepaskan sepakkan yang kedua tetapi telah dihentikan oleh satu suara yang kasar lagi garang... Alangkah terkejutnya aku apabila melihat seorang yang berbadan sasa berdiri di depan muka pintu kelasku.. Lelaki yang dimaksudkan ialah cikgu disiplin,Cikgu SAM.. Aku dibawa ke bilik isiplin bersama-sama dengan kumpulan Martin tetapi aku yang telah dipersalahkan.. Aku cuba memberi tahu cikgu sam perkara sebenar tetapi apa yang dilihat cikgu sam adalah bukti yang lebih kukuh untuk mempersalahkan aku... Martin cuma tersenggih gembira..Perkara ini terjadi kerana semasa Cikgu SAm Sampai ke kelas cikgu sam hanya nampak aku sedang sibuk membelasah martin.. Lagipun Martin pandai membuat helah supaya cikgu mempercayainya... Semua salah paham ini tidak dapatlagi diperbetulkan.. Aku cuba meminta pertolongan kawan-kawanku semasa disoal sebelum dibawa ke bilik disiplin tetapi mereka engan bekerjasama kerana takut Martin akan berdendam dengan mereka pula.. Disebabkan hal ini, aku dikenakan hukuman iaitu sebatan 3 kali dan digantung sekolah selama 2 bulan.. Martin pula dibenarkan pulang untuk mendapatkan rawatan. Martin sempat menjeling ke arahku dengan riak wajah yang gembira.. Semua orang sudah beredar, yang tinggal sekarang hanya aku dan Cikgu Sam saja di dalam bilik disiplin.. Kini tibalah masanya untuk aku menerima hukuman yang sepatutnya diberikan kepada Martin.. Belum sempat Cikgu Sam mengayunkan rotannya, Erna menerpa masuk memberhentikan tindakan Cikgu Sam.. Erna menceritakan hal yang sebenarnya kepada Cikgu Sam.. Cikgu Sam berasa terkejut apabila mendegar apa yang diceritakan oleh Erna.. Cikgu Sam meminta maaf kepadaku kerana hampir-hampir menghukum pelajar yang tidak bersalah dan menarik kembali hukuman yang telah dijatuhkan kepada diriku..
Bab 3
Aku berterima kasih kepada Erna kerana sudi menolongku.. Tetapi Erna tidak menjawab hanya bunyi seakan esakan yang ku dengar.. Bila aku melihat ke wajahnya, aku terlihat seakan ada air mengalir menerusi pipinya..Erna menunduk sayu.. Apabila aku ingin menegurnya dia terus berlari keluar dari bilik disiplin.. Aku berasa hairan dan terasa seperti baru melakukan satu kesalahan yang baru..
Aku pulang ke kelas semula dengan perasaan bersalah.. Apabila aku melangkah masuk ke dalam kelas, rakan-rakanku bersorak dengan riang sambil memuji-muji keberanian aku menentang martin.. Aku menjadi bingung dan hairan.. Sehinggalah aku bertanya kepada gard.. ''Hei gard, kenapa kamu semua seronok sangat ni?'' Tanya aku kebinggungan.. ''Macam mana kami semua tidak seronok.. Kami dengar Martin akan digantung sekolah.. Sebab itulah kami semua berasa sangat gembira.. Lagipun pertama kali kami semua dapat lihat ada orang berani mentang Martin..'' terang gard panjang lebar.. Aku masih kebingunggan.. ''Hmmm.. kenapa pula kamu semua gembira?? Lagipun pergaduhan di sekolahkan perkara biasa.. Apa yang hendak dibanggakan.. Satu lagi, siapa Martin sebenarnya? Kenapa ramai orang takut kepadanya??''Tanyaku yang masih tidak puas hati.. " Apa! Kamu tidak tahu siapa Martin??" Terkejut Gard apabila mendegarnya.. ''Kalau kamu nak tahu Martin itu "Taiko" besar sekolah in; Tiada sesiapa yang berani memukul martin.. Bukan kata pukul,menegur pun tidak berani..Takut nanti dipukul olehnya.... Tapi kamu begitu berani dan telah menyebabkan Martin digantung sekolah.. Sebab itu kami semua begitu seronok.." sambung gard lagi.."Ooo.. Begitu rupanya kenapa tidak bagitahu awal-awal.. Oh ya satu lagi, apa kena mengena Martin dengan Erna? Kenapa dia menganggu Erna?" Tanyaku lagi.. "Kalau kamu nak tahu.. Dia memang selalu menganggu Erna.. Tak tahu la kenapa.. Tetapi kadang-kadang orang lain pun jadi mangsa mereka.. Erna memang tidak suka akan mereka tetapi apakan daya tiada siapa yang berani menegur perbuatan Martin.."kata Gard kepada ku.. Sekarang barulah aku mengerti bahawa Martin memang seorang pelajar yang bermasalah didalam sekolah ini.."Dia memang seorang budak yang bermasalah tetapi selalu memperdayakan cikgu apabila dia ditangkap dalam sesuatu masalah.. Ada sekali itu, Seorang pengawas menegurnya kerana menghisap rokok dan ingin memberitahu cikgu.. Martin menjadi marah dan terus membelasah pengawas itu sehingga teruk.. Pengawas itu tidak berani berkata apa-apa apabila ditanya oleh cikgu kerana telah diugut Martin.." Kata gard lagi..
Sedang sibuk Gard bercerita kepada ku.. Barulah aku perasan yang Erna tiada di dalam kelas.. Tepat duduknya kosong.. Setahu aku, dia terus berlari ke kelas tadi.. Aku berasa gelisah dan hairan.. Aku cuba menanyakan kepada Gard tetapi jawapannya "tidak tahu".. "Oh ya.. Selepas kamu dibawa ke bilik disiplin oleh cikgu sam, Erna keluar dengan tergesa-gesa.. Selepas itu dia tidak
balik lagi ke kelas"Kata gard lagi.. Aku bertambah bingung.. "ke mana Erna menghilang? Tadi aku nampak dia berlari ke kelaskan?" degus hati kecilku.. Di dalam kebinggungan itu, tiba-tiba Aishah datang menghampiriku lalu berkata "Erna meminta maaf tentang tentang hal tadi dan berterima kasih kepada kamu kerana menyelamatkannya daripda gangguan Martin tadi..Selepas aku mendegar kata-kata Aishah itu aku mula menarik lafas lega kerana aku tahu bahawa Erna berada dalam keadaan baik-baik saja.. Selepas itu aku menanyakan Aishah.. " Dimanakah Erna sekarang?" tanyaku sedikit bingung.. "Erna sekarang ingin berseorangan, dia tidak mahu diganggu,harap kamu paham" Kata Aishah.. Selepas selesai semua hal.. Aishah pun beredar.. Aku kembali tenang tetapi kalau mengenang kembali nasib Erna hampir setiap hari diganggu oleh Martin memang boleh menaikkan kemarahan.. Aku cuba membayangkan kembali nasib Erna yang diggangu Martin.. Sewaktu cuba membayangkannya Gard datang sergah aku dari arah belakang menyebabkan bayangan aku hilang.. "Yo brader.. Temenung apa sorang-sorang kat sini? Dah jom rehat, Waktu rehat dah sampai.. Cepat nanti abis lak Nasi Ayam aku.."kata gard sambil tersenyum riang bagaikan segala masalah sudah hilang.. Kelucuab gard membuat aku tersenyum.. Kami bersama-sama keluar rehat..
Selepas rehat,aku dan gard kembali semula ke kelas.. Aku lihat tempat duduk Erna masih kosong.. "Di kantin tadi dia tiada, di kelas pun dia tiada.. hmmm.. dimana la Erna ekarang?" Kataku di dalam hati.. Masa berlalu dengan cepat..Erna masih belum masuk ke kelas... Yang ku lihat cuma buku-buku latihan berterabur diatas mejanya.. Sebelum aku aku lihat meninggalkan kelas aku ternampak buku-buku Erna dikemaskan oleh LILI dan cuba dibawa ke sesuatu tempat.. Aku cuba menolong Lili untuk mengangkat beg Erna tetapi ditolak oleh lili kerana Erna telah memberitahu lili bahawa jangan benarkan sesiapa pun membawa beg Erna atau mengekori Lili kerana Erna masih tidak mahu berjumpa dengan sesiapa pun selepas kejadian itu.. Selepas mendengar kata-kata Lili, aku melepaskan tanganku yang masih memegang beg Erna.. Ini kerana aku memahami perasaan Erna...
bersambung....
Langgan:
Catatan (Atom)
Ini novel pertama saya.. Sila beri tunjuk ajar..
BalasPadamSila berikan komen anda.
Nice... ^^ saya nak komen lagi, tapi... bukan di sini. nanti saya e-mail. hehe
BalasPadamhaha.. thank.. sila la.. harap dapt beri tunjuk ajar!!
Padamlah pnulis novel ker?
BalasPadamhuhu.kecilan jew..
Padam